Apa agaknya prasaan anda jika budi baik anda tidak dibalas atau tidak dikenang? Ataupun, pertolongan yang selama ini anda hulurkan dibalas dengan kejahatan?Mesti agak perit untuk digambarkankan...
Jika jawapan anda berikan "Ya"...maka itu tandanya bahawa hati anda belum benar-benar ikhlas memberi pertolongan...dengan kata lainnya....hati anda masih belum lagi sampai ke tahap melakukan sesuatu kerana Allah SWT...Jangan sesekali anda kesal kerana segala yang anda hulurkan tidak akan dibalas, jika kita memiliki hati yang demikian, ertinya kitalah antara manusia yang paling bahagia di dunia, kerana buktinya bahawa jiwa kita telah bebas dan tidak lagi terikat dengan karenah manusia...Tapi mengapa kita sukar untuk melupakan jasa baik kita kepada orang lain?
Jawapannya mudah sahaja, iaitu kita sememangnya spesis yang suka kalau orang lain mengenang budi baik kita, atau dengan kata lain kita berusaha menabur budi sebanyak mungkin dan kemudian mengharapkan keuntungan di kemudian hari. Apapun, pembaca-pembaca sekalian, bantuan yang kita hulurkan itu bukan lah datang daripada kita tetapi ia datang daripada Allah SWT.Kita ini hanya saluran bagiNya.Justeru, kebaikan atau bantuan yang kita hulurkan hanyalah "pinjaman" daripada Allah SWT...jadi...Tidak sepatutnya kita berbangga dengan budi kita yang menggunung yang kita hulurkan itu...


pmbrian klau stkt nk bermgah bak lupakan...papepon, sapelah kite utk nntukn keikhlasan seseorg...
ReplyDeletepandai2lah sndri pkr mne y bek...
ReplyDelete